Thursday, July 17, 2008

HARI INI TUBUH KERAJAAN ESOK TURUN HARGA MINYAK- 50SEN

Assalamualaikum kepada semua rakyat Malaysia. Pada 15 Julai 2008 jam 9 malam telah diadakan debat antara Y.B Dato’ Ahmad Shabery Cheek dengan Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bertajuk (HARI INI MEMBENTUK KERAJAAN, ESOK TURUN HARGA MINYAK )

Jika hari ini bentuk kerajaan esok turun harga minyak 50 sen yang dikatakan oleh Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah fakta yang mengelirukan rakyat .saya rasa saya pun boleh cakap macam tu jika belum dapat kerajaan .

Tapi jika dah dapat kerajaan ,banyak pulak dolak dalih yang akan di katakan oleh Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sebagai contoh tak payah ambil tentang harga minyak …ambil pemberian air percuma 20m padu di Selangor …baru tentang air belum lagi macam-macam….

Saya harap rakyat Malaysia jangan la terpedaya dengan janji-janji Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang ingin menjadi Perdana Menteri sahaja. Buat apa kita nak bela Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim sorang tu sedangkan dia buat Negara huru-hara.

Cadangan Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini bentuk kerajaan esok turun harga minyak 50 sen telah pun dibuat oleh PakLah …Pak Lah telah beri 65 sen setiap liter.

Pengiraannya Pak Lah beri 65 sen setiap seliter.

1. RM 625 ( Subsidi Kerajaan ) dibahagikan dengan 12 bulan = RM 52 Sebulan

2. RM 52 Sebulan dibahagikan dengan 20 Hari = RM 2.60 seliter

3. RM 2.60 seliter dibahagikan dengan 4 liter ( Purata setiap kereta sehari guna dalam 55 KM ) = 0.65 Sen

Inilah 0.65 Sen yang Pak Lah Beri kepada Rakyat Malaysia semasa kenaikan minyak dunia ,…

Fikir-fikir la Rakyat Malaysia dan jangan lupa solat …………………….

Sekian . Wassalam….

Yang Benar

shah13raul@yahoo.com.my.