Thursday, July 17, 2008

HARI INI TUBUH KERAJAAN ESOK TURUN HARGA MINYAK- 50SEN

Assalamualaikum kepada semua rakyat Malaysia. Pada 15 Julai 2008 jam 9 malam telah diadakan debat antara Y.B Dato’ Ahmad Shabery Cheek dengan Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang bertajuk (HARI INI MEMBENTUK KERAJAAN, ESOK TURUN HARGA MINYAK )

Jika hari ini bentuk kerajaan esok turun harga minyak 50 sen yang dikatakan oleh Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah fakta yang mengelirukan rakyat .saya rasa saya pun boleh cakap macam tu jika belum dapat kerajaan .

Tapi jika dah dapat kerajaan ,banyak pulak dolak dalih yang akan di katakan oleh Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sebagai contoh tak payah ambil tentang harga minyak …ambil pemberian air percuma 20m padu di Selangor …baru tentang air belum lagi macam-macam….

Saya harap rakyat Malaysia jangan la terpedaya dengan janji-janji Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang ingin menjadi Perdana Menteri sahaja. Buat apa kita nak bela Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim sorang tu sedangkan dia buat Negara huru-hara.

Cadangan Y.Bhg Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini bentuk kerajaan esok turun harga minyak 50 sen telah pun dibuat oleh PakLah …Pak Lah telah beri 65 sen setiap liter.

Pengiraannya Pak Lah beri 65 sen setiap seliter.

1. RM 625 ( Subsidi Kerajaan ) dibahagikan dengan 12 bulan = RM 52 Sebulan

2. RM 52 Sebulan dibahagikan dengan 20 Hari = RM 2.60 seliter

3. RM 2.60 seliter dibahagikan dengan 4 liter ( Purata setiap kereta sehari guna dalam 55 KM ) = 0.65 Sen

Inilah 0.65 Sen yang Pak Lah Beri kepada Rakyat Malaysia semasa kenaikan minyak dunia ,…

Fikir-fikir la Rakyat Malaysia dan jangan lupa solat …………………….

Sekian . Wassalam….

Yang Benar

shah13raul@yahoo.com.my.

Tuesday, June 24, 2008

YA ALLAH YANG MAHA BESAR

Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan... Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, tanpa hitungan hisabnya dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, tanpa hitungan hisabnya.

Amin Ya Rabbalalamin...

Wednesday, May 21, 2008

Tanda-tanda Besar Akhir Zaman

1. Zaman pergolakan mula berlaku



& nbsp; &n bsp; Bermula sekitar abad yang ke-20 Masihi, kejatuhan Dinasti Othmaniyyah yang telah memerintah empayar Islam selama lebih 600 tahun dan manjadi pusat khalifah umat islam sedunia. Dalam waktu yang sama, pemerintahan Hamarain iaitu kota suci Mekah dan Madinah terlebas dari gengaman ahlul-bait Rasulullah SAW yang merupakan penguasa tradisinya selama lebih 800 tahun. Penguasa tradisi bumi Hamarain yang dikenali sebagai Syarif-syarif Mekah ini menjadi lambing kerohanian umat islam sedunia sejak zaman berzaman. Mereka sentiasa bekerjasama erat dengan khalifah-khalifah Othmaniyyah dalam menjamin tradisi penyebaran serta perlaksanaan syiar Islam sedunia terus terpelihara dan dipertahankan, InsyaAllah. Dalam pertengahan kuruk ke-20 Masihi, suatu lagi tragedi besar telah berlaku, dimana wilayah Baitul Maqdis pula jatuh ke tangan pihak Yahudi.



& nbsp; &n bsp; Selepas Perang Dunia Pertama, buat pertama kalinya juga dalam sejarah umat Islam, pemerintahan Raja-Raja Islam yang sebenarnya mempunyai legitimasi kukuh dalam syariat telah ditumbangkan satu persatu dan digantikan dengan system pemerintahan yang berasaskan konsep yang dipraktikkan oleh masyarakat Rom di zaman pra Islam. Persempadanan Negara-negara Islam diwujudkan, semangat keagamaan yang kukuh dah ukhwah Islamiyyah digantikan dengan semangat nasionalisme. Pada akhir abad ke 20 Masihi pula, dengan berakhirnya Perang Dingin diantara dua kuasa besar dunia , iaitu Republik Amerika dan rejim komunis Rusia, maka susulan darinya bermulalah suatu era baru. Dengan dipelopori dan ditaja oleh persekutuan Yahudi dan Nasrani, suatu rancangan untuk menghancurkan umat Islam secara besar-besaran telah dipersepakati.



& nbsp; &n bsp; Dalam konteks ini, Rasullullah SAW telah bersabda:”Tegaklah pada kamu masa kenabian sampai beberapa lama yang dikehendaki Allah, maka terjadilah ia, kemudian diangkat. Kemudian tegaklah selepas itu pada kamu masa khalifah atas manhaj kenabian, maka terjadilah kepada kamu beberapa lama yang dikehendaki Allah, kemudian ia diangkat. Kemudian terjadilah padamu masa kerajaan yang menggigit (Mulkan Ad Dhudhan), maka terjadilah beberapa lama yang dikehandaki Allah, kemudian diangkat. Kemudian selepas itu tegaklah kerajaan yang menyeleweng (Mulkam Jabbariyyan) terjadilah ia beberapa lama yang dikehendaki Allah, kemudian diangkat. Selepas itu tegaklah padamu Khalifah atas manhaj kenabian, yang mengamalkan sunnah Rasul di kalangan manusia. Islam akan tersebar luas di mukabumi yang diredhai oleh penghuni langit dan bumi. Langit tidak akan meninggalkan setitis pun air hujan, kecuali ai mencurah ke muka bumi. Dan bumi tidak akan meningggalkan tanaman dan berkatnya kecuali ia akan mengeluarkannya.” (Hadith Riwayat Thabarani)







2. Penobatan Imam Al-Mahdi AS.



& nbsp; &n bsp; Penobatan Imam Al-Mahdi AS adalah dalam masa tempoh penguasaan kaum Yahudi dan Nasrani atas penduduk mukabumi telah sampai kekemuncaknya. Apabila kaum Yahudi dan Nasrani manjadi penguasa-penguasa dunia, dikatakan seorang lelaki dari keturunan Abu Sufyan akan lahir di Syria dan membunuh ramai ahlul-bail Rasulullah SAW dan menguasai Syria dan Mesir. Selepas itu terjadi satu peperangan sengit diantara kaum kaum Nasrani dengan kaum Muslimin dimana umat Islam menemui kekalahan. Semasa itu tanda-tanda kedatangan Imam Mahdi telah banyak muncul dan umat Islam sedunia mula mencari-carinya kerana sudah tidak tahan dengan keadaan dan penderitaan yang mereka alami.



& nbsp; &n bsp; Mengikut hadith Rasulullah, bila sampai masa tersebut Imam Mahdi AS akan muncul di kota suci Mekah membuat tawaf di sekeliling Kaabah. Dikatakan ia akan dikenali oleh sebilangan ulamak semasa berada di antara Hajaratul Aswad dan Maqam Nabi Ibrahim. Beliau akan diminta untuk menerima bai’ah sebagai Khalifah dan beliau enggan pada mulanya tetapi setelah terus didesak oleh alim ulamak di situ beliau terus menerimanya dengan terpaksa. Selepas kejadian itu, suatu seruan dari langit akan didengari oleh semua umat Islam di seluruh dunia. Suara itu akan menyeru: “Inilah Khalifah Allah – Imam Al-Mahdi, oleh itu ikutlah dia.”



& nbsp; &n bsp; Selepas peristiwa bai’ah ini, maka bermulalah tanda-tanda besar hari Kiamat. Dengan berita pembai’ah Imam Mahdi AS tentera Islam dari Madinah kan ke kota Mekah. Pengikut-pengikutnya dari Syria dan Yaman akan bergabung untuk membantunya. Setelah itu Allah SWT mengutuskan kepadanya tentera dari Khurasan dengan panji-panji hitam meraka.



& nbsp; &n bsp; Dengan bantuan tentera-tentera Islam dari seluruh dunia, Imam mahdi akan berperang jihat fi sabilillah dengan semua musuh-musuh Islam sehingga menemui kemenangan yang padu. Selepas kemenangan Imam Mahdi AS, ia kan mula mentadbir pemerintahan umat Islam sedunia dengan penuh bijaksana dan adil.







3. Kemunculan Dajjal.



& nbsp; &n bsp; Dajjal dikatakan akan muncul antara Syria dan Iraq. Kedatangannya adalah semasa pemerintahan Imam Mahdi AS. Dajjal pada mulanya mengaku-ngaku sebagai Nabi dank an pergi ke Asfahan dimana tujuh puluh ribu kaum Yahudi akan bergabung dengannya. Kemudian Dajjal akan mengisytiharkan dirinya sebagai Tuhan. Kemana saja ai pergi kaum kuffar akan menjadi pengikut setianya sehingga ia sampai di luar sempadan kota suci Mekah. Bagaimanapun ia tidak dapat masuk kerana mMekah dilindungi para Malaikat. Lantas dajjal pergi pula ke Madinah dan disana pun meraka tidak dapat masuk. Kemudian ia akan menggoncang dan menggegarkan kota Madinah sehingga terjadinya gempa bumi sebnyak tiga kali. Sesiapa di kalangan penduduk madinah yang lemah imannya akan tunduk kepada Dajjal. Dikatakan kemunculah Dajjal adalah untuk selama 40 hari.



& nbsp; &n bsp; Sebuah hadith dari An Nuwas bin Sam’an menyebut:







“Kami bertanya:”wahai Rasulullah,berapa lamakah tinggalnya Dajjal dimuka bumi ini?”. Baginda menjawab:” Empat puluh hari, (dimana) satu hari diwaktu itu menyamai setahun, satu hari seperti sebulah, sehari sebagaimana satu Jumaat, semua hari (waktu itu) sama dengan hari-harimu (sekarang ini)” Kami bertanya lagi:”Wahai Rasulullah, sehari yang menyamai setahun itu adakah cukup solat dengan sekali saja dalam sehari?” Baginda menjawab:”Tidak, hendaklah kamu perkirakan (solat itu) untuk satu hari itu sesuai dengan ketentuannya yang berlaku.







& nbsp; &n bsp; Selepas Dajjal bermaharajalela melakukan kezaliman dan mengepung orang-orang beriman, maka pada suatu hari semasa azan Subuh, di waktu itu Imam Mahdi AS dan para pengikutnya sedang bersiap untuk mengerjakan solat, mereka akan ternampak Nabi Isa AS turun dari langit dengan ditemani oleh dua Malaikat. Nabi Isa berjumpa dengan Imam Mahdi AS dan menyatakan ia dihantarn kebumi oleh Allah SWT sebagai melaksanakan janjiNya untuk menghapuskan Dajjal.



& nbsp; &n bsp; &nb sp; Kemudian Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa AS di sebuah tempat bernama "Babu Ludd" berdekatan Baitul Maqdis. Dalam tempoh itu juga kaum muslimin akan membunuh saki baki orang kafir yang masih ada di mukabumi ini sehingga dengan izin Allah SWT tidak ada lagi seorang pun di kalangan mereka (orang kafir) yang tinggal. Menurut riwayat khinzir juga akan dihapuskan dimukabumi ini.



& nbsp; &n bsp;



4. Kemunculan Yakjuu dan Makjuj.



& nbsp; &n bsp; &nb sp; Selepas beberapa waktu, Imam Mahdi AS pun wafat dan pemerintahan umat Islam akan diambil alih oleh Nabi Isa AS. Kemudian muncul pula makluk Yakjuj dan Makjuj yang memakan apa saja ciptaan Allah SWT di mukabumi termasuklah binatang dan manusia, yang bernyawa mahupun bangkai.



& nbsp; &n bsp; &nb sp; Allah menurunkan wahyu kepada NAbi Isa AS yang bermaksud:



"(Wahai Isa!). Sesungguhnya Aku telah melepaskan hamba-hambaKu yang sangat ganas, yang tidak ada siapa yang dapat melawan mereka. Oleh itu bersegeralah engkau selamatkan hamba-hambaKu yang ada bersamamu ke arah Bukit Thor."



& nbsp; &n bsp; &nb sp; Dalam masa ini Nabi Isa AS dan kaum muslimin akan berlindung di Gua Toor atas perintah dari Allah SWT. Setelah habis tempohnya, Allah SWT akan menghancurkan Yakjuj dan Makjuj dan keluarlah kaum muslimin dari tempat perlindungan mereka di gua. Selepas beberapa tahun memerintah, Nabi Isa AS pun wafat dan dikebumikan di makam Rasulullah SAW. Dikala itu bumi penuh berekah dan akan dipimpin oleh raja-raja yang adil dan bertaqwa.







5. Kemunculan Kabus ad-Dukhan.



& nbsp; &n bsp; Masa keberkatan ini akan beralih pula pada suatu masa yang dikatakan sebagai masa penamat usia alam ini. Kebaikan akan bertukar menjadi kemungkaran sehingga tak terbendung. Dalam masa ini, dikatakan suatu hari langit kan dilitupi kabus (ad- Dukhan) yang kemudiannya turun kebumi. Mereka yang masih beriman akan mendapat sedikit kesakitan, orang-orang kafir pula akan pengsan. Kabus ini berlaku selama 40 hari.







6. Berlakunya tiga gempa bumi yang besar.



Berlakunya tiga gempa bumi yang besar.



Ertinya:
Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: "Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: "Apa yang kamu perbincangkan?". Kami menjawab: "Kami sedang berbincang tentang hari qiamat". Lalu Nabi saw. bersabda: "Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya". Kemudian beliau menyebutkannya: "Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka". (H.R. Muslim).



7. Terbitnya Matahari dari arah barat.



& nbsp; &n bsp; &nb sp; Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Maka pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.



8. Api dari negeri Yaman.



& nbsp; &n bsp; &nb sp; Api besar yang akan menghalau manusia menuju ke Padang Mahsyar. Api itu akan bermula dari arah negeri Yaman. Semasa manusia lari dari api yang mula merebak, diriwayatkan ada dikalangan dari manusia berjalan, berlari dan ada jugak yang merangkak.



9. Tiupan Sangkakala



Dengan kedengaran bunyi ini maka berakhirlah segala urusan di dunia ini, semua umat manusia akan musnah (mati). Maha suci Allah yang Maha berkuasa, hanya Allah sahaja yang tahu keadaan yang akan bakal menimpa umat manusia serta keadaan di mana alam dunia yang akan dimusnahkan.

Friday, May 16, 2008

Tanda-Tanda Kecil Akhir Zaman

Rasullullah SAW banyak memberitakan tentang alamat kecil dan besar akhir zamantanpa memberikan masa yang tepat terjadinya peristiwa-peristiwa akhir zaman ini (kerana masa sebenar itu rahsia Allah SWT). Sebahagian dari tanda tersebut mulai berlaku sejurus kewafatan baginda Rasullullah SWT dan secara berperingkat-peringkat semakin banyak tanda yang diberitakan kemudiannya muncul satu demi satu.



Dalam perkiraan dunia hari ini, hampir kesemua alamat kecil yang berikut (dan banyak lagi) bagi akhir zaman telahpun menjadi kenyataan dan antaranya:

sembahyang diabaikan dan diringan-ringankan.
tidak ramai umat islam yg. mahu mengamal dan menyebarkan agama islam.
keinginan nafsu syahwat digalakkan. Iklan-iklan, gambar-gambar serta filem-filem lucah berleluasa.
penjenayah menjadi pemimpin, kebanyakkannya jahil tentang agama dan banyak memberi fatwa yang menyesatkan pengikutnya.
perkara-perkara yang halal dianggap haram dan sebaliknya.
berbohong menjadi satu keperluan.
zakat dianggap beban.
hujan/salji turun tidak pada musimnya serta tempatnya.
wanita menguasai lelaki dengan amalan syaitan dan wanita lebih ramai dari lelaki.
kawan dan lawan sukar dibezakan.
masjid-masjid dihiasi, tetapi banyak yang kosong dan berkunci.
riba berleluasa, orang yang beramal dengan agama pun tidak terlepas dari fitnahnya.
darah manusia menjadi murah, peperangan, pembunuhan dan jenayah menjadi mainan hidup. pergaduhan dan peperangan antara umat islam menjadi-jadi.
akan datang manusia dari barat mempengaruhi umat supaya ikut cara mereka.
ilmu agama tidak diberikan tempat yang sepatutnya dalam masyarakat (umumnya masyarakat muslim).
kebodohan dan kejahilan tentang agama menjadi semakin jelas dan nyata.
zina berleluasa serta arak menjadi munuman biasa bagi umat islam.
banyak berlaku gempa bumi serta fitnah berleluasa.
masa dirasakan begitu cepat.
orang-orang miskin bermegah-megah dengan bangunan pencakar langit.
muzik dan penyanyi wanita bermaharajalela.
ramai manusia mati secara mendadak.
kebanyakan berita berupa pembohongan.
ramai orang muslim ya ng hanya tahu bercakap mengenai agama tetapi tidak mengamalkannya.
umat islam yang beriman merintih melihat maksiat berlaku sekelilingnya tapi tidak mampu untuk mencegah kerana sudah terlalu umum.
ramai yang menjadi pengampu kepada pemerintah yang zalim.

Alamat-alamat kecil akhir zaman seperti yang dinyatakan di atas ini hanyalah sebahagian dari hadith-hadith Rasullullah SAW yang memperihalkan kejadian-kejadian akhir zaman. Banyak lagi alamat lain telah terbukti menjadi perkara yang umum pada masyarakat dunia hari ini, terutama mulai abad ke-20 Masihi.


Sabda Rasullullah SAW:"Akan tiba masanya manusia akan mengajak satu sama lain untuk membinasakan kamu (Umat Islam), sebagaimana orang mempelawa satu sama lainn untuk menjamah hidangan makanan (i.e bangsa-bangsa akan memujuk dan mengajak yang lain untuk bergabung bagi menghancurkan umat Islam dengan apa cara sekalipun). Seorang Sahabat bertanya:'Apakah disebabkan bilangan kami sedikit pada masa itu ya Rasullullah?' Baginda menjawab:'Bahkan bilangan kamu diwaktu itu adalah ramai tetapi kamu diibarat buih diatas air ketika banjir. Allah akan cabut ketakutan dari dada musuh kamu dan Dia akan campakkan dalam hati kamu satu penyakit Al-Wahn. Seorang sahabat bertanya pula:' Ya Rasullullah, apakan dia Al-Wahn itu?' Jawab Rasullullah 'Cinta dunia dan takut mati'.

Tuesday, April 29, 2008

Bangsa Melayu kena SEDAR...

Assalamualaikum kepada para pembaca laman blog, saya hanya nak beritahu kepada bangsa melayu yang kita perlu sedar kerana negara kita ini adalah tanah melayu.Jika kita lalai, takut-takut nanti tanah melayu ini jadi hak milik orang luar... dah la negara jiran kita di jajah takut negara kita di jajah pulak. Mula-mula dapat kuasa lepas tu rampas kuasa , saya bimbang jika pulau pinang keluar dari malaysia macam singapura kerana sikap orang melayu yang lupa dan lalai... Kita kena bersatu jika sesuatu yang buruk berlaku atas bangsa melayu kita dan jangan berpecah belah...BYE...

Wednesday, April 9, 2008

selangor lulus projek ternak khinzir RM 100 JUTA

Assalamualaikum kepada pembaca yang dihormati lagi dikasihi.saya tertarik dengan keputusan kerajaan campuran Negeri Selangor PKR,DAP dan PAS yang meluluskan projek ternak khinzir RM 100 JUTA pada 2 April 2008 semasa persidangan majlis mesyuarat kerajaan negeri selangor tetapi pada hari ini 9 April 2008 MENTERI BESAR SELANGOR mengatakan KHIR TOYO dah lulus januari 2008. Takkan KHIR TOYO nak LULUSKAN Sorang-sorang mesti bawa dalam EXCO Meeting. jika kita baca surat khabar 7 April 2008 TERESA KOK berkata MESYUARAT EXCO yang 2 April 2008 (RABU) yang luluskan projek ternak khinzir bernilai 100 JUTA. APA yang nak putar belit fakta?????????????? MANA PERGINYA MANIFESTO YANG DICANANG-CANANG.........MANA JANJI-JANJI YANG DITABURKAN SEMASA PILIHANRAYA???????? Halimah Ali ahli exco negeri selangor berkata kita tak boleh makan khinzir tetapi boleh pegang lepas tu samak..TAKKAN KITA NAK PEGANG KHINZIR KOT................. FIKIR-FIKIR kan lah