Tuesday, June 24, 2008

YA ALLAH YANG MAHA BESAR

Wahai Allah yang mempunyai kuasa pemerintahan... Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Engkau masukkan malam ke dalam siang dan Engkau masukkan siang ke dalam malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, tanpa hitungan hisabnya dari yang mati dan Engkau keluarkan yang mati dari yang hidup. Engkau berikan rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, tanpa hitungan hisabnya.

Amin Ya Rabbalalamin...